Thursday, June 10, 2010

WORLD CUP 2010




Kejohanan bola sepak "World Cup 2010" yang memaparkan 32 buah negara akan bermula esok. Bagi peminat sukan bola sepak seperti aku, kejohanan yg berlangsung empat tahun sekali ini mmg sudah ku tunggu-tunggu. Menariknya, untuk edisi kali ini merupakan penganjuran yang pertama diadakan di benua Africa. Setiap orang pasti mempunyai pasukan pilihan mereka yang tersendiri. Diriku semestinya memilih pasukan selebriti dr benua eropah, iaitu ENGLAND yg terkenal dengan jolokan " The Three Lions". Aku sangat meminati pasukan ini kerana mempunyai pemain-pemain bintang yg sangat hebat dan sangat kacak serta jambu seperti David Beckham, Micheal Owen dan Theo Walcott. Tapi sayangnya, mereka semua digugurkan oleh Pengurus, Fabio Capello atas sebab-sebab tertentu. England akan bertemu dengan Amerika Syarikat bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan. Selain Amerika Syarikat, England di tempatkan bersama-sama Algeria dan Slovenia dalam Kumpulan C.




 



Goalkeepers

Defenders

Midfielders

Forwards

2 comments:

hapeace said...

GERMANY!

Rafiq Hakim said...

Boo germany!! sape je star yg ade???

 
Copyright © .REACHING the STARS™.. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh